Rancangan Gang Starz : Perosak Ummah...
Jika disebut perkataan ini, saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Sebelum kita pergi lebih jauh, terdapat beberapa info berkenaan Gang Starz ini.
> Terbitan TV3..
> Menelan belanja RM 7 Juta..
> Juara akan memenangi RM 343 985..
> Tidak terhad untuk Malaysia sahaja..
> Dijuarai oleh The Lima , dari Indonesia..
Apa yang hendak diulas di sini, ialah berkaitan moral, akhlak, budaya dan paling penting ialah agama. Kita sendiri boleh menyaksikan betapa “kemaruk”nya muda mudi dengan nyanyian, hiburan dan sebagainya yang boleh menyebabkan sejuta kerosakan, samada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Terbitan TV3
Pertandingan yang menaikkan industri muzik (kononnya) telah berjaya ditanam di dalam jiwa muda-mudi supaya menggila-gilakan program seperti ini. Apa yang malangnya, ia telah diterbitkan oleh TV3, selaku salah satu syarikat kewartawanan terbesar. Di manakah kedudukan mereka? Siapakah yang mendalangi segalanya?
Adakah TV3 berfungsi untuk menghancurkan masyarakat? Mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan dengan program yang sangat merugikan ini. Lihatlah sendiri, tidak perlu saya ulas panjang di dalam hal ini. Kita sudah melihatnya di kaca-kaca TV, Internet dan banyak lagi saluran media, sekarang saya serahkan kepada anda untuk mempertimbangkan, berfikir dan mendalami. Jangan jadi lipas kudung!
Mengapakah TV3 dijadikan alat, senjata dan robot untuk memusnahkan masyarakat? Mengapa ia sanggup dirobotkan oleh orang yang tak sepatutnya?! Siapakah dalang di sebalik “jenayah” ini?
Pertandingan yang menelan belanja RM 7 juta!!
RM 7 Juta!! Hari ini kita melihat ekonomi Malaysia semakin meruncing dan menimbulkan kekacauan di dalam dunia ekonomi. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang berharta dan ekonomi peribadinya stabil, tetapi tidak boleh dinafikan, “berlambak” lagi yang memerlukan duit. Mereka bukan memerlukan duit untuk berseronok, tetapi untuk HIDUP!!!
Apakah mereka seronok melihat orang berhibur dengan budaya-budaya rosak, dan membiarkan orang-orang miskin mati di sebelah kaki meminta duit?!! Mereka bazirkan RM 7 Juta untuk mensia-siakan dan melalaikan manusia. Takkan kita hanya berdiam diri? Perlukah didedahkan kemiskinan di negara kita “yang tercinta”? Tengoklah diri anda sendiri.
Fikirlah wahai orang yang berakal!!
Juara dihidangkan dengan USD 100 000
Mungkin kita boleh katakan, apabila seseorang tersebut sudah gilakan sesuatu, tiada perkara yang tidak sanggup lakukan, semata-mata memuaskan kegilaannya. Berapa ramai orang yang mati kerana dadah? Berapa ratus pelumba haram berkecai di tengah jalanraya? Berapa ramai artis menjalani pembedahan untuk kecantikan?
Inilah kesannya, apabila masyarakat dihidangkan dengan hiburan dan hadiah USD 100 000, mereka akan menggilai perkara tersebut dan berkemungkinan besar mereka akan gila akibat tekanan. Berapa ramai penjudi yang mati dibunuh atau bergaduh? Berapa ramai dari kalangan penjudi yang gila akibat tekanan?
Fikirlah sendiri, inilah Malaysia yang kita “sayangi”.
Islam Hadhari semakin cemerlang?!!
Di manakah slogan Islam Hadhari? Di manakah gerak kerja Islam Hadhari yang beriya-ia di tanam di dalam pemikiran masyarakat? Adakah hanya ber”buntut” melihat maksiat yang berlaku? Di manakah suara-suara yang menegakkan Islam Hadhari? Adakah tidak boleh bezakan perkara baik dan jahat?! Sudah buta?!!
Slogan Islam Hadhari yang dicanangkan sebelum ini masih tiada pelaksanaan kah? Adakah ia hanya bertujuan politik semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat? Mengapa semenjak Islam Hadhari dilaungkan, semakin banyak kejahatan dan maksiat yang lebih terbuka berlaku? Adakah semua ini bukan perancangan mereka?
Apa perlunya Islam Hadhari kalau penguasa pun seperti tikus di bawah almari yang penuh dengan sawang. Apa guna penubuhannya kalau perkara seperti ini tidak mampu dihalang? Adakah sanggup mengadakan program seperti ini semata-mata untuk “menarik muda-mudi”?
Bertujuan menarik muda-muda?
Apalah bodoh sangat? Menarik muda mudi ke arah kerosakan? Atau ada tujuan lain di sebalik anjurannya? Inikah style dakwah Islam Hadhari untuk menarik muda-mudi supaya cintakan negara? Cintakan agama? Berakhlak mulia? Mengapa perlu mengorbankan Islam untuk membeli ketagihan muda-mudi?
Contoh yang mudah, sekiranya anda selaku wanita, ingin menggalakkan orang lain supaya bertudung, adakah anda perlu “mengecil” kan tudung anda supaya orang yang tidak bertudung tertarik dengan anda? Bukankah ini satu perkara yang bodoh?
Fikirlah sendiri wahai sahabat-sahabatku. Kita memiliki akal untuk berfikir. Adakah kita sanggup menyamakan diri kita dengan binatang yang tidak berfikir, “asalkan” nafsunya puas?. Fikirkanlah...!!!
(Sumber : Tranung Kite Online)...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home