YuszTieY

Sunday, September 16, 2007

Hebatnya Ramadhan....


Automatik rajin beribadah

Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan salah).Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain.

“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (Maksud dari surah al-Baqarah:185)

Ramadan adalah bulan qamariah kesembilan yang disebut sebagai penghulu segala bulan, kerana keistimewaannya yang tiada tandingan berbanding bulan lain.Disebabkan kelebihannya itu, Ramadan juga dikenali dengan pelbagai nama yang melonjakkan kemuliaannya, seperti bulan Allah, bulan penuh kenikmatan, bulan al-Quran, bulan kemerdekaan, bulan tilawah, bulan kerahmatan dan bulan puasa.

Apakah keistimewaan dan kehebatan Ramadan sehingga ia dimuliakan sebegitu rupa?

Penceramah dari Zulha Entertainment, Zulkarnain Hamzah, berkata istimewanya Ramadan kerana pada bulan berkenaan al-Quran, iaitu kitab yang menjadi panduan dan petunjuk manusia diturunkan.Hakikat ini sebagaimana dijelaskan dalam petikan di atas dan ia mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam al-Qadar tanggal 17 Ramadan tahun ke-40 dari kelahiran baginda.

Ramadan adalah bulan berkursus. Ramadan juga bulan mendidik nafsu. Ia datang hendak mendidik nafsu kita, sebab nafsu manusia tidak pernah puas,” katanya.Beliau menyifatkan Ramadan tidak ubah seperti sekolah untuk melahirkan insan bertakwa, malah menghiasi peribadi terunggul lagi terpuji.

Justeru, sepatutnya kedatangan Ramadan diuar-uarkan di kalangan umat Islam,” katanya.Menurutnya, istimewanya Ramadan kerana sebulan pada bulan berkenaan dapat mendidik manusia menepati waktu, mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w, malah membuatkan ramai orang rajin bangun malam dan membaca al-Quran.

Ramadan juga mendidik dan melatih manusia melakukan amal kebajikan,” katanya, sambil mengharapkan kedatangan Ramadan kali ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh umat Islam.
Satu hadis bermaksud: “Apabila tiba awal malam dalam Ramadan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka dan (penyeru itu akan menyeru pada setiap malam (Ramadan).” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Penceramah bebas, Haslin Bahrin, berkata Ramadan adalah bulan kemerdekaan, kerana umat Islam bebas dari belenggu syaitan.Dalam bulan Ramadan orang Islam secara automatik rajin melaksanakan solat, malah saling tolong menolong, sama-sama membayar zakat dan bersedekah.

Malah, ramai yang melakukan kebaikan, menggalakkan ke arah amal makruf dan dalam masa yang sama menegah keburukan, misalnya kita lihat sepanjang Ramadan ramai wanita bertudung,” katanya.Ramadan juga bulan penghapus dosa, seperti yang dapat difahami dalam satu hadis bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan (dengan menghayati program yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya), nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis sahih riwayat Ashab as-Sunnah al-Arba' daripada Abi Hurairah r.a)

Kedatangan Ramadan bersama kewajipan berpuasa ke atas umat Islam yang memenuhi syaratnya dan ia adalah ibadat penting yang mempunyai hikmah tersendiri.Hadis daripada Abd Rahman bin Auf r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan puasa Ramadan dan aku mensunatkan bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa dan melakukan ibadat qiyam (ibadat malam) disertai dengan keimanan dan kerana menuntut keredaan Allah, nescaya keluar dia dari dosa-dosanya (iaitu ibadat tadi membersihkan dirinya daripada dosanya sehingga dia menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, berkata Ramadan datang untuk mengajak diri manusia menjadi insan cemerlang.

Ramadan bukan satu bulan yang boleh dibuat endah tidak endah, tetapi ia datang bersama ibadat puasa perlu dihayati dalam erti kata sebenar.Ia adalah tempat untuk menjalani latihan beramal ibadat dan menambah ilmu, supaya apabila keluar dari Ramadan manusia menjadi bersih,” katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, pemahaman sesetengah umat Islam mengenai Ramadan adalah berlainan, seolah-olah bulan puasa menjadi baik, manakala pada bulan lain menjadi sebaliknya.Misalnya, pada bulan puasa tidak mengumpat, tetapi berakhir bulan puasa mula mengumpat semula. Sepatutnya kedatangan bulan puasa perlu difahami betul-betul, bukan beria-ia beribadat pada bulan puasa sahaja, tetapi bulan lain dibuat tidak tahu saja,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
<data:blog.pageTitle/> */ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#DA4B76 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVYI/AAAAAAAABTw/s1XWqigpbKk/valentine2008-b.jpg') repeat-x top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:427px; padding-left:80px; padding-top: 50px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:88px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVXI/AAAAAAAABTo/X5tRoZd8W1s/valentine2008-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:300px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background:#DA4B76 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R8eZ5QBTVPI/AAAAAAAABSQ/FjLxMRYnijs/valentine2008-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:420px; font: $pagetitlefont; margin:180px 20px 5px 75px; padding:5px; filter: glow(color=#000000,Strength=1); text-align:center; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 78px; text-align:center; width:420px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #f63; border-bottom: 1px solid #f63; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #f63; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor;} .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:76px; background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8eZxABTVKI/AAAAAAAABRo/0HfCPsE9FpI/valentine2008-3.jpg') no-repeat top left; text-align: left; color: #ffc;} #footer-wrapper {padding-left:230px; font-size: 75%; clear: both; } #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:26px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #f6c; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>