YuszTieY

Friday, August 24, 2007

My University (Al-Azhar)...



Bangunan Menara Utama Universiti Al-Azhar,Cairo...



Bangunan Pejabat Utama Universiti Al-Azhar,Cairo...



Bangunan Kuliah Usuluddin,Universiti Al-Azhar,Cairo...



Bangunan Kuliah Bahasa Arab,Universiti Al-Azhar,Cairo...



Bangunan Kuliah Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar,Cairo...



Pintu Masuk Utama Universiti AL-Azhar,Cairo...



Masjid Al-Azhar..Lambang Keagungan dan Mercu Tanda Universiti A-Azhar,Cairo...

Thursday, August 16, 2007

Sepetang Jalan2 di sekitar kawasan Taman dan Kedai Carpet...



mula2 kena makan aiskrim,baru semangat 2 baby gi jalan2...klu x kang mulalah letih laa!itu le ini laa..



sekitar kawasan taman ditengah2 jalan raya...



suka sangat dpt kuar jalan sekitar taman...main puas2 yer!



singgah kt kedai carpet..teringin nak amik pic carpet yg cantik2 dan cute!



carpet corak daun dan pokok..tgk laa,berkenan bgtau!



corak carpet yg sama dan patern je yg lain,cuci mate...


carpet patern permaidani warna merah campur bunga ditepi dan berbulu tebal...



carpet corak bunga banyak dan tebal...



carpet corak bunga 2 lapis dan besar...



nielah sikit sebanyak pic carpet,nak tunjuk dan shoot lebih2 kang x larat le plaks!buat kawan2 yg berminat dan nak tau lebih lanjut ttg carpet..@minta tlg belikan ke,tempahan ke,boleh laa hubungi kami secepat mungkin,kerana penghantaran pos kargo utk tahun ni x lama lagi je,penghantaran utk door to door(sampai pintu depan umah anda)...tarikh jangkaan pos kargo kapal:pertengahan bulan 9..jangka sampai malaysia:lepas raye,ins'allah..sekian,bye2!

Wednesday, August 08, 2007

Tazkirah : Ajaran sesat ancaman umat Islam...


Ajaran sesat yang datang dalam pelbagai bentuk dan gaya, malah berselindung di sebalik nama tertentu melambangkan keislaman menjadi satu ancaman besar kepada umat Islam.Sesetengahnya menggunakan nama aliran tarikat dan kumpulan zikir, membuatkan ramai orang terkeliru dan terpengaruh, malah menjadi taksub dengan segala yang dibawa oleh ketua mereka.

Tetapi hakikatnya fahaman dibawa golongan sesat bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, malah jauh tersasar daripada anjuran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Walau pun penampilannya dengan pelbagai rupa dan nama, sesuatu ajaran itu boleh dikenali sebagai sesat dengan melihat kepada beberapa kriteria yang jelas menyeleweng, antaranya:

* Dakwaan Allah menjelma dalam diri guru atau seseorang.

* Dakwaan guru mereka sebagai nabi atau malaikat.

* Mengamalkan nikah batin.

* Dakwaan guru mereka memegang kunci pintu syurga dan pengikut mereka saja dijamin syurga.

* Mendakwa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang atau harta.

* Percaya guru mereka menerima wahyu.

* Syeikh atau guru mendakwa mempunyai mukjizat.

* Mengaku mengetahui perkara ghaib.

* Meninggalkan solat Jumaat kerana mengamalkan suluk (mengasingkan diri di tempat tertentu seperti gua atau bukit.

* Mendakwa ajaran dibawa mereka diambil terus dari Rasulullah s.a.w secara jaga.

* Dakwa mampu berbicara dengan Rasulullah bagi menyelesaikan masalah semasa.

Sesetengahnya berselindung dengan amalan berzikir tetapi yang sebenarnya lain pula diucapkan dan dilakukan. Malah, niat mereka juga lain. Jika tidak mengapa perlu berzikir di dalam gelap, malah ada pula bercampur bebas lelaki dan wanita.
Mereka mendakwa berzikir, tetapi mereka sendiri tidak mengerti maksud dan hakikat zikir, jelas menunjukkan kejahilan mereka. Tetapi anehnya, masih ada yang terkeliru dan terpengaruh, lalu menjadi pengikut setia.Ada pula yang berpegang solat hanya kepada niat, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, malah menyerahkan diri sepenuh jiwa raga kepada guru melalui nikah batin, semuanya bertentangan dengan syariat.

Kumpulan ajaran sesat sekiranya tidak dibasmi boleh meruntuhkan kerukunan beragama dalam masyarakat, malah secara tidak langsung merobek imej Islam itu sendiri, sebagai satu agama murni dan jalan hidup paling ideal.Menyedari bahaya ancaman terbabit, umat Islam seharusnya sentiasa berwaspada sepanjang masa, terutama apabila berdepan dengan dakwaan mengelirukan sesetengah pihak, kononnya merekalah yang terbaik dan paling selamat.

Allah mengingatkan kepada hamba-Nya agar sentiasa berpegang teguh dengan agamanya iaitu Islam melalui firman-nya dalam al-Quran surah an-An'am ayat 153, maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.”
Umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah, memahami kandungannya serta melipat gandakan usaha dakwah dengan menekankan aspek pengukuhan akidah, menjaga sahsiah diri dan mematuhi segala yang disyariatkan.

Friday, August 03, 2007

Tazkirah : Lihat Kelemahan Diri Dahulu...


Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.
Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam.
 
<data:blog.pageTitle/> */ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#DA4B76 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVYI/AAAAAAAABTw/s1XWqigpbKk/valentine2008-b.jpg') repeat-x top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:427px; padding-left:80px; padding-top: 50px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:88px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVXI/AAAAAAAABTo/X5tRoZd8W1s/valentine2008-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:300px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background:#DA4B76 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R8eZ5QBTVPI/AAAAAAAABSQ/FjLxMRYnijs/valentine2008-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:420px; font: $pagetitlefont; margin:180px 20px 5px 75px; padding:5px; filter: glow(color=#000000,Strength=1); text-align:center; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 78px; text-align:center; width:420px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #f63; border-bottom: 1px solid #f63; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #f63; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor;} .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:76px; background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8eZxABTVKI/AAAAAAAABRo/0HfCPsE9FpI/valentine2008-3.jpg') no-repeat top left; text-align: left; color: #ffc;} #footer-wrapper {padding-left:230px; font-size: 75%; clear: both; } #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:26px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #f6c; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>