YuszTieY

Friday, June 29, 2007

MUSIM PANAS....PANAS!!

salamekom..pekabo kwn2 sume??
Minggu ni panas betoi...nak dok ngadap depan pc pun malas...tak larat nak berkipas jer...kalau ader ekon best gakkkk...lagi la kalau nak tulis entri..malas yg teramat la jawabnya...panas..panas!!tido mlm cam kena cacing kepanasan jer..Acara jalan2 pun byk terbantut coz panas yg teramat,skarng ni di mesir cuacanya dlm lingkungan 38-40'c..mmg x larat dibuatnya..sian kat anak2 kalau berjalan panas2 ni...tgk la minggu depan kalau dah reda sikit cadang2nya nak jugak kami travel ke,mandi manda laut ke,jalan2 ke,hehehe!!.Ok lah tak boley nak tulis panjang,ada masa kiter sambung citer lagi ekk..bye!bye!

Kelebihan isteri yg taat...


Sesungguhnya Muslimah yang bersuami mendapat jaminan pintu syurga. Alangkah enaknya jadi muslimah. Dalam pernikahan, mereka tidak perlu mencari nafkah. Dengan status sebagai isteri, mereka akan mendapat makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta perlindungan daripada suami.
Suami pula yang memenuhi keperluan mawadahnya. Islam sudah mengatur semua itu, namun ia harus ditempuh dengan usaha.

Memang di dunia ini tidak ada hak tanpa kewajipan dan tidak ada hadiah tanpa kerja. Suami yang memberikan semua jaminan terbabit harus disenangkan hatinya, dipatuhi keinginannya, dipenuhi keperluan mawadahnya.
Pendek kata, apa saja yang suami inginkan (selama bukan dosa) harus dipenuhi. Maka jika suami reda terbukalah pintu syurga bagi isteri. Suami adalah manusia dan manusia tidak ada yang sama antara satu sama lain.

Manusia tidak ada yang sempurna, malah ada saja kekurangannya. Sebab itu isteri perlu terima kekurangan suami.
Isteri juga memiliki kegemaran berbeza-beza. Maka terima pulalah kegemaran suami. Bahkan dalam Islam, kegemaran suami adalah kewajipan isteri untuk memenuhinya.

Misalnya, suami kita menggemari wangi-wangian, maka wajib bagi isterinya selalu memakai wangi-wangian di hadapan suami. Daripada Ummu Salamah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)
Pada awal abad hijriyah, hidup generasi yang diberkati Allah s.w.t. Ketika itu, hidup puteri Rasulullah yang mulia, Sayidatina Fatimah. Dia adalah contoh wanita ahli syurga yang menghabiskan waktu di rumah, memasak, mencuci pakaian, dan mengurus anak tanpa pembantu.

Ayahnya yang mulia tidak membenarkan permintaan Sayidatina Fatimah agar dapat diberikan pembantu.
Baginda sebaliknya memberi resipi zikrullah yang dapat menghilangkan kelelahan. Suami Sayidatina Fatimah adalah sahabat yang mulia pula, Ali, yang juga ahli syurga.
Ali hidup penuh kesederhanaan dan tidak pernah memadu isterinya dengan wanita lain selama hidupnya.

Dia adalah pemuda yang melamar puteri pemimpin umat dengan menggadaikan baju besinya. Ada wanita lain di sisi Rasulullah iaitu Sayidatina Aisyah, isteri baginda yang termuda usianya iaitu wanita manja dan penuh siasah untuk memenangkan cinta kasih suami.
Wanita yang tidak berputera itu tidak disibukkan dengan tangis dan air kencing bayi tapi adalah wanita cerdas, penghafal hadis yang ulung dan selalu belajar.

Dialah pintu ilmu sahabat di zamannya. Selepas Rasulullah wafat, sahabat tidak suka memberikan fatwa tanpa bertanya terlebih dulu kepadanya.
Ada pula kakak Aisyah bernama Asma binti Abu Bakar, ibunda dan isteri syahid. Wanita itu amat berbeza dengan adiknya yang manja.
Asma adalah wanita tegar dan mempunyai anak ramai dan bersuamikan mujahid aktif tetapi bukan seorang yang kaya.

Asma wanita berani yang diberi kepercayaan bapanya untuk turut menjayakan hijrah Rasulullah dengan tugas khusus sebagai pembawa bekalan kepada dua muhajirin agung yang sedang sembunyi di Gua Thur.
Asma mempunyai akal yang panjang. Ketika dia tidak memiliki tali untuk mengikat bekalan makanan yang dibawanya, dia membelah ikat pinggangnya, sehingga dipanggil ‘si dua ikat pinggang’.

Apakah Asma dapat disamakan dengan Fatimah? Dia lain sekali dengan Fatimah. Asma bahkan biasa mengurus sendiri kuda suaminya dengan memandikan dan memberi makan.
Ini biasanya dilakukan lelaki tetapi Asma melakukannya kerana mencari reda suami. Asma juga biasa memikul sendiri kayu bakar yang dicarinya iaitu suatu pekerjaan yang biasa ditanggung lelaki.

Dia melakukannya dengan alasan yang sama. Dianggap ibu rumah tangga yang mampu berdikari dan selalu mencari akal untuk menyelesaikan persoalan yang dihadapinya dalam rumah tangga.
Asma jelas bukan jenis wanita ilmiah yang sibuk dengan pena dan kitab seperti adiknya.
Tetapi dia pun wanita solihah dan wanita teladan sahabat Rasullulah. Dia termasuk salah satu ‘bintang cemerlang’ di langit sirah Nabawiyah yang agung.

Suatu waktu Rasulullah menyebutkan nama seorang wanita sebagai calon ahli syurga, Muti'ah namanya.
Seorang saksi mengatakan Muti'ah selalu menyambut kedatangan suaminya dengan bersolek sebaik-baiknya, menyediakan makanan enak dan hangat di atas meja.
Tetapi daripada riwayat yang secebis itu sudah banyak pelajaran berharga yang dapat diperoleh.

Dalam taman sirah, ternyata banyak wanita muslimah dengan jenis berbeza-beza. Bahkan masih ada wanita seperti Shofiyah binti Abdul Muthalib, ibu saudara Rasulullah yang berani memancung leher Yahudi yang mengintai benteng tempat muslimah dan anak Muslim.
Mudah-mudahan kita, termasuk golongan yang berkumpul di syurga dengan pasangan masing-masing.

Monday, June 25, 2007

Pilihan : Cara yg Mana Satukah yg Benar...!!

Friday, June 22, 2007

My Red Bicycle...



xtvt baru laiyin aulia..setelah beskal recycle baru dibedah siasat..hehehe!



laiyin tension..tunggu giliran naik beskal..asyik aulia jer yg dpt naik dulu...!!



baru je laiyin naik..dah kene tolak ngan aulia...asyik aulia je yg menang!!



wwuuaarrgghh!!!bile x dpt naik..apa lagi...wwuuaarrgghh!!nangis laiyin x puas ati...



walaupun begitu...akhirnya..beralah gak si adik..main sama2..begitulah kasih sayang adik beradik 2 orang ni yg x dpt dipisahkan...hehehee!bye2!

Thursday, June 21, 2007

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka...



Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Jawaban,oleh : Dato' Dr Haron Din...

Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.
Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.
Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.
Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.
Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.
Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.
Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."
Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

Wallahua'lam...

Wednesday, June 20, 2007

Rancangan Gang Starz : Perosak Ummah...


Jika disebut perkataan ini, saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Sebelum kita pergi lebih jauh, terdapat beberapa info berkenaan Gang Starz ini.
> Terbitan TV3..
> Menelan belanja RM 7 Juta..
> Juara akan memenangi RM 343 985..
> Tidak terhad untuk Malaysia sahaja..
> Dijuarai oleh The Lima , dari Indonesia..

Apa yang hendak diulas di sini, ialah berkaitan moral, akhlak, budaya dan paling penting ialah agama. Kita sendiri boleh menyaksikan betapa “kemaruk”nya muda mudi dengan nyanyian, hiburan dan sebagainya yang boleh menyebabkan sejuta kerosakan, samada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Terbitan TV3

Pertandingan yang menaikkan industri muzik (kononnya) telah berjaya ditanam di dalam jiwa muda-mudi supaya menggila-gilakan program seperti ini. Apa yang malangnya, ia telah diterbitkan oleh TV3, selaku salah satu syarikat kewartawanan terbesar. Di manakah kedudukan mereka? Siapakah yang mendalangi segalanya?

Adakah TV3 berfungsi untuk menghancurkan masyarakat? Mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan dengan program yang sangat merugikan ini. Lihatlah sendiri, tidak perlu saya ulas panjang di dalam hal ini. Kita sudah melihatnya di kaca-kaca TV, Internet dan banyak lagi saluran media, sekarang saya serahkan kepada anda untuk mempertimbangkan, berfikir dan mendalami. Jangan jadi lipas kudung!
Mengapakah TV3 dijadikan alat, senjata dan robot untuk memusnahkan masyarakat? Mengapa ia sanggup dirobotkan oleh orang yang tak sepatutnya?! Siapakah dalang di sebalik “jenayah” ini?
Pertandingan yang menelan belanja RM 7 juta!!

RM 7 Juta!! Hari ini kita melihat ekonomi Malaysia semakin meruncing dan menimbulkan kekacauan di dalam dunia ekonomi. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang berharta dan ekonomi peribadinya stabil, tetapi tidak boleh dinafikan, “berlambak” lagi yang memerlukan duit. Mereka bukan memerlukan duit untuk berseronok, tetapi untuk HIDUP!!!


Apakah mereka seronok melihat orang berhibur dengan budaya-budaya rosak, dan membiarkan orang-orang miskin mati di sebelah kaki meminta duit?!! Mereka bazirkan RM 7 Juta untuk mensia-siakan dan melalaikan manusia. Takkan kita hanya berdiam diri? Perlukah didedahkan kemiskinan di negara kita “yang tercinta”? Tengoklah diri anda sendiri.
Fikirlah wahai orang yang berakal!!

Juara dihidangkan dengan USD 100 000

Mungkin kita boleh katakan, apabila seseorang tersebut sudah gilakan sesuatu, tiada perkara yang tidak sanggup lakukan, semata-mata memuaskan kegilaannya. Berapa ramai orang yang mati kerana dadah? Berapa ratus pelumba haram berkecai di tengah jalanraya? Berapa ramai artis menjalani pembedahan untuk kecantikan?

Inilah kesannya, apabila masyarakat dihidangkan dengan hiburan dan hadiah USD 100 000, mereka akan menggilai perkara tersebut dan berkemungkinan besar mereka akan gila akibat tekanan. Berapa ramai penjudi yang mati dibunuh atau bergaduh? Berapa ramai dari kalangan penjudi yang gila akibat tekanan?

Fikirlah sendiri, inilah Malaysia yang kita “sayangi”.
Islam Hadhari semakin cemerlang?!!

Di manakah slogan Islam Hadhari? Di manakah gerak kerja Islam Hadhari yang beriya-ia di tanam di dalam pemikiran masyarakat? Adakah hanya ber”buntut” melihat maksiat yang berlaku? Di manakah suara-suara yang menegakkan Islam Hadhari? Adakah tidak boleh bezakan perkara baik dan jahat?! Sudah buta?!!

Slogan Islam Hadhari yang dicanangkan sebelum ini masih tiada pelaksanaan kah? Adakah ia hanya bertujuan politik semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat? Mengapa semenjak Islam Hadhari dilaungkan, semakin banyak kejahatan dan maksiat yang lebih terbuka berlaku? Adakah semua ini bukan perancangan mereka?

Apa perlunya Islam Hadhari kalau penguasa pun seperti tikus di bawah almari yang penuh dengan sawang. Apa guna penubuhannya kalau perkara seperti ini tidak mampu dihalang? Adakah sanggup mengadakan program seperti ini semata-mata untuk “menarik muda-mudi”?
Bertujuan menarik muda-muda?

Apalah bodoh sangat? Menarik muda mudi ke arah kerosakan? Atau ada tujuan lain di sebalik anjurannya? Inikah style dakwah Islam Hadhari untuk menarik muda-mudi supaya cintakan negara? Cintakan agama? Berakhlak mulia? Mengapa perlu mengorbankan Islam untuk membeli ketagihan muda-mudi?

Contoh yang mudah, sekiranya anda selaku wanita, ingin menggalakkan orang lain supaya bertudung, adakah anda perlu “mengecil” kan tudung anda supaya orang yang tidak bertudung tertarik dengan anda? Bukankah ini satu perkara yang bodoh?


Fikirlah sendiri wahai sahabat-sahabatku. Kita memiliki akal untuk berfikir. Adakah kita sanggup menyamakan diri kita dengan binatang yang tidak berfikir, “asalkan” nafsunya puas?. Fikirkanlah...!!!

(Sumber : Tranung Kite Online)...

Friday, June 15, 2007

Pelajar Malaysia di Al-Azhar mati ditikam...

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, mati selepas ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara, yang dipercayai mengalami tekanan mental, dalam kejadian di rumah sewa mangsa, malam kelmarin.

Mohammad Ishak, 22, dari Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering, Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Sallam, Kaherah kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher pada kejadian jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).

Suspek, juga pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan berasal dari Dengkil, Selangor, kini ditahan polis Mesir bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Abang mangsa, Hussin, 28, yang ditemui Berita Harian di Chendering bagaimanapun berkata, Mohammad mungkin menjadi mangsa keadaan kerana suspek sebelum itu dikatakan mencari dua rakan serumah adiknya.

Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Yang Dipertua Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah, Ali Zulfakar, berkata suspek mengunjungi rumah sewa adiknya kira-kira jam 7 malam tetapi dua rakan serumah Mohammad tiada.

“Ketika itu Mohammad keseorangan dan sedang menggunakan komputer. Selepas gagal menemui rakan serumah Mohammad, suspek dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau,” katanya yang turut menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi mengesahkan kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa adalah pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin manakala suspek menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam.

Hussin yang juga bekas pelajar universiti itu dan kembali ke tanah air pada 2005, turut mengenali suspek ketika di sana dan menyifatkannya sebagai seorang yang pendiam.

Katanya, berdasarkan maklumat rakannya di sana, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan dan pernah berselisih pendapat dengan rakan serumah adiknya.

Beliau berkata, Mohammad tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan keluarganya menghantar RM200 sebulan untuk perbelanjaan. Keluarganya reda Mohammad dikebumikan di Kaherah kerana mereka tidak mampu membawa jenazah pulang.

Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos membawa pulang jenazah yang akan diuruskan Yayasan Terengganu.

Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di Mansurah ketika dihubungi berkata, mangsa dan suspek saling mengenali, malah sering berkunjung ke rumah sewa Mohammad.

Pelajar itu berkata, suspek dikatakan membawa tiga pisau, termasuk satu pisau pemotong daging yang baru dibeli.

Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah ketika dihubungi pula berkata, suspek ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, tidak dapat dihubungi kerana dikatakan ke tempat kejadian, kira-kira dua jam perjalanan dari Kaherah.

( Sumber dari Berita Harian)...Bertarikh : 15 Jun 2007...

Wednesday, June 13, 2007

Rasulullah SAW wajib jadi idola seluruh ummah...



Daripada Anas bin Malik katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu Baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat terpuji. Justeru, Baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia lain. Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja oleh kita umat Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa.

Jika kita hidup pada zaman Baginda, nescaya Bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya seperti remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa saja dipakai, dibuat, dilakukan atau apa yang berkaitan dengan diri orang diminatinya.

Semuanya baik belaka. Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa saja yang melihat atau berasa kehadirannya. Mana tidak, Baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, Baginda tidak melepaskan tangan sehingga yang dijabat itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan dan memberikan salam apabila melepasi kumpulan kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih kepada mereka, tidak kurang juga Baginda menghormati orang tua, kawan mahupun lawan.

Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul, tetapi dilakukan semua itu kerana ingin menjaga maruah Islam yang mulia. Baginda bukan menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada orang yang menyukainya.

Friday, June 08, 2007

Akhlak Rasul SAW...


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain, manakala orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa dalam hidupnya.

Berakhlak dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar-besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa yang dirasai baik di dunia mahupun di akhirat.

Sunday, June 03, 2007

Nyum!Nyum!Favouriteku...

STICKER...


Laiyin n Aulia punya hobi baru..semlm kakak mengamuk nak sticker plak dah..bgn dr tido jer terus tayer aku baba mana,ingat kan kenapa upa nya nak ajak baba dia pi kedai beli gambo sinchan..sabo la aku.Jenuh aku bagi tau baba tak ader ,pi tgk baby sakit kat hospital,tunggu la kawan kat pintu ni..sambil tu mulut dok po pet pot pet..sib baik adik tak bgn lagi,boring kali tunggu diajak nya aku plak dah.Aku aper lagi cakap la kat dia kakak pi la ajak achik dah kan achik kenal kedai tu..kawan pun pi la naik umah achik,jab ajer turun katernya achikDah tak ader kuar jalan..termenung la kawan.Tak dan aper2 aku tgk kakak dah zzzz balik mukin tak cukup tido lagi la tu..sejam sambung tido baru bgn 2 ketul rebina ni..bangun tu tayer lagi sticker baba dah belikan ke lum..wawawaa melalak la kawan baba tak balik2 lagi..
Lps magrib baba balik ape lagi pesan la kat baba dia suruh jugak pi belikan sticker tu..aduyyyy fening betul dgn kakak ni,dia kenal sticker ni semua coz achik2 la belikan n bagi dia main tampal2 kat bukuAdik pun nak jugak..sib baik ader kedai buka mlm jumaat ni tapi jauh la sikit dr umah kami.Gumbira la hati baba belikan sticker yg dah lama dia ajak pi beli.Adik pun dapat sama..mlm aper lagi tu la kerja diorg berdua habis dinding n peti ais n meja semua deme nak tampal sticker tu..
Tu bab sticker kalau 2,3 ari lum ni kalaut nak pencil warna,kat sini mana ader pencil warna yg ader pun konon aku ingat nak belikan la sekali aku tgk harga mak oiii dlm rm12 sekotak yg cam biasa kat mesia dlm rm 1 lebih jer kat MYDIN..ooh tidak tak ader la aku nak belikan benda yg sebegini mahal,kalau diorg guna lama tak per ni sehari pun tak sampai mesti dah hancussssssss..baik duit tu aku beli pakaian diorg..
Jadi baba diorg beli lah pencil warna jugak tapi pen punyer..selesai bab pencil warna..aduiiiiii fening kepala aku macam2 hal tiap2 hari..yer lah sian jugak kat diorg tak kuar umah jadinya tu la kerja depa tiap hari..tak tau la aper plak yg kakak n adik dapat utk 2,3 ari lagi lps sticker ni..tunggu jer la aku..ok

Saturday, June 02, 2007

JENDELA HIKMAH : MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR PAKAI TUDUNG..



SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.
Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

(1) Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

(2) Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

(3) Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

(4) Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

(5) Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

(6) Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.
 
<data:blog.pageTitle/> */ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#DA4B76 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVYI/AAAAAAAABTw/s1XWqigpbKk/valentine2008-b.jpg') repeat-x top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:427px; padding-left:80px; padding-top: 50px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:88px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVXI/AAAAAAAABTo/X5tRoZd8W1s/valentine2008-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:300px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background:#DA4B76 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R8eZ5QBTVPI/AAAAAAAABSQ/FjLxMRYnijs/valentine2008-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:420px; font: $pagetitlefont; margin:180px 20px 5px 75px; padding:5px; filter: glow(color=#000000,Strength=1); text-align:center; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 78px; text-align:center; width:420px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #f63; border-bottom: 1px solid #f63; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #f63; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor;} .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:76px; background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8eZxABTVKI/AAAAAAAABRo/0HfCPsE9FpI/valentine2008-3.jpg') no-repeat top left; text-align: left; color: #ffc;} #footer-wrapper {padding-left:230px; font-size: 75%; clear: both; } #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:26px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #f6c; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>