YuszTieY

Tuesday, July 31, 2007

Tazkirah : Ujian Mengukur Tahap Keimanan Seseorang Insan...


Dunia hari ini ibarat dewan peperiksaan kepada manusia, maka logiknya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan.Musibah atau kesusahan yang kita alami adalah satu bentuk ujian yang Allah berikan untuk mengukur iman kita.Malah, kenikmatan, kekayaan serta kesenangan juga adalah ujian kepada manusia untuk mengukur tahap kesyukuran kita pada Tuhan.Namun, apabila seseorang ditimpa ujian dan dugaan hidup, pasti timbul di dalam diri persoalan “kenapa mesti aku, kenapa tidak orang lain?” Atau keluhan “aku tak mampu, aku tak sanggup hadapi ujian ini.”

Tetapi sedar atau tidak ujian dan dugaan itulah yang membuatkan kita semakin kuat dan tabah malah semakin dekat dengan Tuhan.Ternyata setiap ujian seperti musibah, kesusahan, kekecewaan, kesakitan mahupun kekayaan, kemewahan atau kenikmatan ada hikmah dan tujuannya. Tujuannya dapat kita simpulkan seperti berikut:

Pertama, untuk menunjukkan di mana tahap iman kita. Umpama seorang pelajar yang menghadapi peperiksaan di sekolah untuk menguji sejauh mana pelajar itu faham apa yang dipelajari selama tempoh tertentu.Jika dia faham dan sedia, dia akan lulus. Begitu juga dengan iman, Allah uji kita untuk lihat tahap iman hamba-Nya. Kita tidak tahu sama ada iman kita meningkat atau menurun sekiranya tidak diuji.Apakah kita semakin dekat dan mengharapkan pada-Nya atau kita semakin jauh dan menyalahkan-Nya. Ingat, Allah tidak uji kita sia-sia, pasti ada hikmahnya yang perlu kita fikirkan.

Kedua, setiap ujian yang datang adalah peluang untuk kita meningkatkan iman dan keyakinan pada Tuhan.Ujian seperti angin dan iman seperti layang-layang. Semakin kuat angin semakin tinggi layang-layang terbang. Semakin banyak dugaan hidup semakin tinggi kedudukan kita di sisi Allah.Imam Muslim meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda (maksudnya): Allah tidak melihat rupa paras atau kekayaan kita, tetapi Dia melihat hati dan amalan kita bagi menentukan kedudukan manusia di sisi-Nya.”

Ketiga, ujian dan dugaan hidup adalah didikan terus dari Allah S.W.T. Ini kerana ujian dan cubaan menjadikan manusia lebih baik, mantap, berilmu dan bersedia menghadapi dugaan kehidupan yang lebih mencabar lagi.Ini kerana hidup adalah proses pembelajaran. Kita tidak akan belajar apa-apa daripada perkara yang kita sudah tahu.
Kadang-kadang kita menganggap suatu perkara itu susah kerana kita belum pernah melakukannya. Sekiranya sesuatu situasi itu sudah kita tahu tentu lebih mudah untuk kita hadapinya.

Ujian juga sebenarnya adalah satu cara halus Tuhan untuk mendidik manusia supaya tidak terlalu cintakan dunia sebaliknya sentiasa merindui akhirat.Nabi s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Dunia ini bagaikan penjara bagi orang beriman tetapi syurga bagi orang kafir.”Ujian dan dugaan yang dihadapi membuatkan orang beriman menghadapinya penuh sabar serta sentiasa menanti-nantikan alam syurga yang penuh kebahagiaan.

Percayalah ujian, tribulasi, dugaan, musibah atau apa saja tahap kehidupan yang kita hadapi menjadikan kita lebih matang.Ujian datang bukan untuk sesatkan atau menjauhkan manusia dari Tuhan, tetapi jika kita bersabar, tidak meragukan hikmah Tuhan serta bertawakkal padanya nescaya kita mampu hadapi semuanya dengan tabah.

Thursday, July 26, 2007

SOTONG..[TAK TAU NAK BAGI TAJUK APER]

Salamz..

Sotong masak sambal...lama tak makan sotong,last makan mase bulan 3 kalau tak silap mase pi ronda2 alex ri tu..loni dah bulan 7,ermmm lama tu.Kena plak ri ni ku masak sambal tumis sotong habis nasi yg di masak..kesukaan hubbby ler sambal sotong,tak payah masak lauk lain dah kalau masak jugak buat bazir jer..relex tak kalut nak mikir lauk lain dah sari dua ni ..stok sotong yg di beli semlm boley la masak 2,3 kali.Sorry tak dapat nak sertakan sekali gambar masak sambal sotong...malas nak tangkap daa..[mama danis beli tak sotong semlm...]Kakak n aulia pun asyik2 minta sotong jer,nasi tak mo makan dah..sotong...sotong..

Lepas asar tadi call mesia tayer khabar lagi..[cam diari la plak semua nak tulis...gasak la]mak sihat ...diorg sedang menjamu selera mlm ni buat tahlil lagi utk arwah ayah..makan laksa kelantan...siap buka khemah lagi,org ramai sgt tak muat tpt kat ruang tamu dlm umah..

Tak tau nak baut aper,boring keseorgan..abg pi kelas komnya,laiyin n aulia pi umah achik..sesambil boring ni aku pun jahit la barang keperluan baby sikit..sarung tilan n bantal..mls nak beli tak padan dgn harga..mahal ooo kat sini ri tu ku pi tayer tilam[narita yg cam mesia puyer tapi utk baby]sekali dgn bantal cam yg jual kat supermarket kat mesia tuh...kat sini dlm rm 85..tak kosa aku nak beli baik ku jahit sendiri jimat kit ...kalau ku n hubby kerja tak perla ni harapkan duit family hantar jer...tak der la habis rm30 siap boley wak bantal poluk utk laiyin n aulia plak...lantak la kalau org kater aku kedekut pun..bukan nya nak guna lama pun sementara jer coz aku kan dah nak balik mesia ..cewah...insyllllah...tapi lps pantang la..sblum raya la...ku nak raya mesia dah thn ni...

ok lah dah nak magrib dah ni...nak rehatkan badan jab sementara tungggu azan...k..assalamualaikum...

Wednesday, July 25, 2007

Hujung Minggu di Mansoura Mini Zoo...



didepan pintu masuk utama..x sabo2 laiyin aulia nak berlari2,tgk kanak2 ramai,hehehe!



terkejut tgk ostrich yg tinggi,dihadang oleh budak2 arab...



naik kete tolak sendiri..ni je yg menarik,kt kawasan taman kanak2 ni..



naik buaian..sebulan sekali dpt naik,pulun main sungguh2!



main gelongsor,kena main sume,kat umah xde,hehehehe...



rilex dulu!letih dah ni..byk sgt permainan,x tau mana satu nak main..



penat berjalan!singgah kejap kt seafood berhampiran utk menjamu selera..

Monday, July 23, 2007

LAMA MENYEPI...

Assalamualaikum...[Madam menulis ari ni..]

Terasa tersgt la lamanya tak ade n3 terbaru...saja jer campur dgn sikit2 malas...hehehee.Cik abe palk asyik bz memanjang jer sejak cuti ni..pagi ptg asyik dgn kelas komnya..nak berjalan2 jauh memang tak merasa la sejak sekarang...terperap la kat umah ni.Diri pun dah makain tak larat nak jalan..kakak n adik [pasnI baru jadi abg]asyik mengajak nak kuar jalan jer..sian jugak kat 2 rebina ni,boring la deme asyik tgk ummi n baba nya jer tiap hari..main2 pastu gaduh..rutin tiap hari..adik plak makin manja sejak nak jadi abg ni.Achik2 kat umah atas kami plak tak ader bertambah2 la diorg boring..kalau tak buka mate jer siap makan mandi...terus naik umah achik2..achik byk program musim cuti ni n ade yg dah pulang ketanah air...huhuhu..bila palk giliran kami sefamily ni..insyalllah ade rezeki lum raya nak balik mesia lah jugak...amin ya raabb.

Cerita bab raya ni teringat la kat arwah ayahanda tersayang...ingatkan sempat la jumpa raya ni dah 2 thn kat sini,memohon ampun n maaf di pagi raya...[selama ni minta maaf sokmo pun bukan raya jer..dah 2 minggu arwah ayah pergi...tiap hari aku call mesia tanyaer khaba mak..berikan semangat utknya tapi aku plak yg menangis kerinduan n terkilan tak dapat jumpa ayah di saat2 akhir...dapat aku bayangkan semua abg2 n kakak2 ada disisi mak disaat kesedihan ni...yg pasti semua org tertanya2 n tercari2 akan ketiadaan aku..al fatihah buat ayah tersayang moga allah menempatkannya bersama org2 yg solihin.amin

Bulan SEPT akan tiba tak lama lagi...takutnya..masih ader 5 minggu lagi utk buat persiapan menyambut org baru..ade ler sikit2 malas nak beriya sesgt coz habis pantang dah nak balik mesia[KALAU SEMPAT HABIS LER]..hehehe...ala kadar ajer.

Emmmm...ape lagi yer nak citer...malas nak pk la plak...dah ler panas2 ni...kipas plak rosak...tension2222.ANak2 masih lagi tido ..tido diorg dah terbalik..siang tido malam berjaga..tu yg susah nak jalan tu..pastu si kakak plak asal naik jer kete nak pi jalan ader jer aayat dia...ummi kakak ngantuk la..letih la..adoiii..jenuh la nak berdukung kalau camni..yg si adik tu tak aper la baba nya larat lagi nak berdukung...last2 baba kata baik tak payah jalan..wawawawwaaaaaa..byk projek jalan terbengkalai...huhuhuhuhuuu..Citer bab anak2 la yer...aulia sekarang makin la manja nya..tak boley tgk baba nya bersiap mesti nak ikut...pastu bila tak bagi melalak la sekuat tidak..tak makan saman plak tu..tapi senang jer pujuknya..bagi gula2 sebijik diam la...cuma masih ungkit la baba tak bawa dia...kakak plak kalau bab ikut ok lah tak meragam mana..cuma asyik cakap tiap hari nak pi main kat taman..kat kaw ni taman2 byk tapi tepi jalan jer ...risau betoiii..tambah musim panas ni arab puyer la ramaiiii...bukan pi main pun asyik cuci mata tgk budak2 arab jer la...pastu dapat makan debu...kuwakuwa,kakak sekarang jadi mangsa kegansan aulia..last2 menangis tu jer kerjanya..pastu pi main balik dgn adik.Tak sabo nak balik mesia tgk kakak n adik dilepaskan main kat kaw umah..umah mak ayah kat kelantan plak puyer la luas nya tanah..mesti jakun deme 2 ni..kat tepeng palk sikit puyer tanah nak main tak ader..tapi tak aper taman kat zoo tepeng ader...dekat jer dgn umah mertua ku.Kakak dah pun pandai tulis2 n boley la melukis gambo2 yg nampak la jugak ade bentuknya..membaca tu tak la,cuma kalau bab hafal tu dia cepat la ..nak hantar sekolah tapi tak ader kawan la plak ..susah betoi..ari tu ader la anak kawan tu pi sekolah...tapi sekejab la plak pi nya...baba plak malas nak pi teman tiap hari..risau dgn budak2 arab ni cam jakun jer kalau tgk budak2 mesia..ade la yg nak cuit2 tu..aku pun turut rimas kalau cam tu.

Amboi..pjng la plak..ok lah kan kalau tulis byk2 nanti tak ader idea la plak pahni nak tulis...tapi....heheheheee tak boley dah nak bertapi....jab agi bos balik kelas kena masak la palk..kalau rajin masak special kalau tak cicah ulam sama budu..kakakkakaa.ok..byee

Saturday, July 21, 2007

Tazkirah : Tawakal perlu disertai usaha...


Rezeki secupak tidak menjadi segantang. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak.Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.

Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak termakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal.Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah, malah silap memahami erti berserah.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: “Kamu datang dengan apa?” Jawab lelaki itu: “Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal.” Nabi berkata: “Ikat dulu, baru tawakal.”Jelas, tawakal adalah berserah dan berusaha. Tetapi ada orang berusaha tetapi tidak berserah pada Allah. Sesetengahnya pula berserah pada Allah tetapi tidak berusaha.Kita tidak boleh menyalahkan takdir, sebaliknya yang patut dipersalahkan kita kerana tidak berusaha.

Pepatah Melayu yang menyebut 'hendak seribu daya tidak hendak 1,000 dalih' sebenarnya silap.Konsep takdir dan tawakal sepatutnya mereka tidak banyak dalih, tetapi banyak cara dan pepatah itu sepatutnya ditukar kepada hendak seribu daya mahu seribu cara.Menyalahkan takdir sebenarnya menyalahkan diri sendiri. Pepatah Inggeris menyebut “what you give you get back.” Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak berubah qada melainkan dengan doa.”Makna doa ialah berusaha. Jika doa tanpa usaha, itu maknanya doa yang salah. Contohnya, kita berdoa: “Ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat.”Hendak mendapatkan kebaikan di dunia kena berikhtiar dan hendak keselamatan akhirat mesti juga berusaha. Berusaha mendapatkan syurga dan dijauhi dari api neraka.

Nabi Yusof a.s pernah menghadapi kegawatan kemarau selama tujuh tahun. Baginda berjaya mengubah kemarau itu sebabnya sudah melakukan perancangan selama tujuh tahun lebih awal.Nabi Muhammad s.a.w mengubah masyarakat Jahiliyah kepada hidayah kerana Nabi mengubahnya dengan ikhtiar selama 23 tahun.Kecemerlangan bukan pada keajaiban lampu Aladin dan Nabi juga bukan menggunakan mukjizat semata-mata, tetapi ikhtiar.

Cuma ikhtiar ada dua cara, satu halal dan lagi satu cara haram. Jika mahu menjadi orang kaya mesti kuat bekerja dan mengusahakan perniagaan. Ini cara halal.
Tetapi jika mahu kaya cara salah dengan merompak dan menyamun. Ikhtiar juga, tetapi caranya haram, dikutuk masyarakat dan tidak diredai Allah.Yang secupak menjadi secupak jika ikhtiar kita juga secupak. Sekiranya yang secupak hendak menjadi segantang, usaha biar sesuai dengan matlamat kita.

Pendek kata, silap melakukan tindakan akan tersasar. Dengan memahami konsep tawakal mereka yang mendapat harta tidak akan ego, kerana yang dia dapat adalah pinjaman dari Allah.Dengan memahami konsep tawakal kita tidak akan berputus asa, sebabnya masa depan kita di dalam rahsia Allah.Ada orang kata, ulat di dalam batu boleh makan. Biarlah, kita bukannya ulat, malah kita pun hendak mempunyai rumah, kenderaan dan menghirup udara nyaman. Justeru, kita perlu berusaha lebih daripada ulat.

Wednesday, July 18, 2007

Tazkirah : Ilmu meningkatkan darjat manusia di sisi Allah swt...


Ilmu bukan hanya maklumat tetapi nur yang diletakkan di dalam hati manusia dan dengan ilmu inilah manusia mendekatkan dirinya kepada Allah.
Dalam satu hadis, Rasulullah (saw) bersabda maksudnya: “Ilmu adalah nur, ia tidak membimbing orang yang banyak dosa.”
Ilmu yang berkat ialah limu memberikan manfaat kepada pemiliknya. Sebab itulah kita diajar Rasul dengan satu doa yang bermaksud: “Ya Allah, ajarkanlah kepadaku ilmu yang memberikan manfaat kepadaku dan biarlah aku dapat memanfaatkan apa yang sudah aku pelajari.”

Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang membuatkan pemiliknya beramal. Dengan beramal, ia akan mengangkat pemiliknya ke darjat yang tinggi di sisi Allah.
Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-Mujaadalah yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Selain iman, ilmu juga mempunyai signifikan untuk meninggikan kedudukan seseorang. Orang tinggi kedudukannya di sisi Allah bukan saja yang pandai berteori dan bercakap tetapi berkedudukan ialah memanfaatkan ilmu yang dituntut selama ini.
Dengan ilmu, ia mengundang segala kebaikan dan amalan ibarat gula manis yang mengundang banyak semut mengelilinginya. Nur ilmu yang menerangi hati untuk beramal.

Menurut Muhammad Qutb, tujuan belajar adalah untuk beramal dan jika belajar tetapi tidak beramal maknanya hanya dapat ilmu tetapi tidak dapat nur.
Nur amalan inilah yang membuatkan wajah bercahaya, malah tenang apabila melihat orang beramal, bukan saja baik tetapi juga kelihatan baik. Kawan-kawannya baik-baik, cakap yang baik-baik, mengunjungi tempat baik saja.

Ke mana saja pergi, dia akan memberi kebaikan kepada insan. Mereka inilah yang akan selamat dan menyelamatkan serta boleh diharap untuk menjadi pembela dan penegak kebaikan. Bukan saja Allah merahmati, malah dunia dan alam menyayanginya.
Jika belajar dan menuntut hanya dapat ilmu tetapi tidak dapat nur, kita hanya pandai berteori. Tidak ada kekuatan untuk beramal.

Ilmu apabila tidak diamalkan, ia tidak bermanfaat. Ilmu yang bersangkutan dengan fardu, soal halal haram dan amalan fiqah harian sama ada mengenai muamalat, jual beli, hutang piutang, soal politik, pentadbiran dan sebagainya jika tidak diamalkan akan mendapat akibat dosa.

Malah sistem Islam kalau diabaikan akan mengundang malapetaka. Apa tidaknya, universiti makin banyak, kolej tumbuh laksana cendawan selepas hujan, taraf akademik rakyat negara kita makin baik tetapi yang malangnya jenayah makin subur, pembunuhan dan jenayah mendadak, malah menokok mengalahkan indeks komposit.

Apa sudah jadi dengan kolej dan universiti. Mereka tidak berkurang cendekiawan, malah lengkap dengan kemudahan tetapi yang kurang ialah dos nur. Nur iman dan ilmu mula redup.
Berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu mendapat kutukan Allah. Dalam al-Quran Allah memberi amaran, maksudnya: “Sangat besar kemurkaan Allah, kamu cakap tetapi kamu tidak melakukannya.”

Jika sudah dikutuk Allah, apa lagi kebaikan yang tinggal? Bagaimana hendak dapat berkat jika sudah kena kutuk? Jika suami isteri sudah dikutuk Allah, bagaimana hendak membina keluarga bahagia?
Anak yang dikutuk Allah, tidak akan menjadi anak soleh lagi. Pekerja yang dikutuk Allah bagaimana hendak serahkan amanah kerja? Pemimpin kalau sudah dikutuk Allah, bagaimana hendak memimpin pengikutnya?

Carilah Tuhan yang mempunyai nur. Allah menyebut dalam al-Quran bermaksud: “Allah itu nur di atas nur.”
Justeru, carilah nur melalui iman dan Islam. Carilah nur melalui al-Quran, carilah nur melalui zikir, carilah nur melalui solat malam dan banyak lagi sumber nur, antaranya melalui beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Saturday, July 14, 2007

Mansoura Computer Fair 2007...



kenangan dihadapan pintu masuk utama pc fair 2007...



suasana dihadapan kedai mula2 dlm ruang pameran..



suasana dlm ruang pameran,kelihatan poster diskaun mula dipamerkan..



antara barang2 jualan yg dipamerkan,baru ade secondhand pun ader...



gambaran suasana dari atas..penuh dgn pengunjung yg berpusu2 datang...



antara mereka yg turut serta,bukannya beli pun,dok cuci mate jer,hehehehe...

Friday, July 13, 2007

Jendela Hikmah: Muhasabah dapat membaja kesuburan takwa...

Takwa mempunyai bajanya dan apabila ramuan yang sesuai digunakan, takwa akan hidup dengan subur. Antara baja diperlukan untuk kesuburan takwa ialah muhasabah dan taubat. Umat Islam perlu berani merenung ke dalam diri dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri.

Khalifah Umar ibn Khattab pernah berkata, “Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah. Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudian membuat perubahan positif ke atas diri sendiri, merekalah orang yang akan berjaya.”

Dalam surah al-Imran, ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan bertakwa.
Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”

Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas akan melahirkan keinsafan di hati. Keinsafan akan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki dikenali sebagai taubat nasuha. Umar al-Khattab dan Ubai bin Kaab mentafsirkan taubat nasuha sebagai ‘meninggalkan dosa dan tidak akan kembali melakukannya sebagai mana susu tidak akan kembali ke payu dara’.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi berhubung seorang lelaki di zaman dulu yang membunuh 100 lelaki. Beliau akhirnya bertaubat dan sebelum sempat melakukan sebarang kebaikan, meninggal dunia. Allah menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam rahmat-Nya.

Pada zaman Nabi SAW, seorang wanita melakukan zina dan dengan penuh penyesalan menceritakan perbuatannya itu kepada Nabi SAW. Beliau pun dihukum. Selepas beliau
meninggal dunia, Nabi SAW melaksanakan solat jenazah ke atas mayatnya.
Perbuatan nabi itu menghairankan Umar Al-Khattab lantas Umar pun bertanya, “Kamu bersembahyang ke atas mayatnya sedangkan beliau pernah berzina? Nabi menjawab, “Dia sudah bertaubat dengan satu taubat yang andai kata diagihkan taubat itu kepada tujuh puluh orang ahli-ahli maksiat di Madinah (yakni orang-orang munafik), nescaya ia mencukupi bagi mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Mengikut satu riwayat oleh Kalbi, “Dua orang sahabat, seorang dari Ansar dan seorang lagi dari Bani Thaqif, telah dipersaudarakan oleh Nabi SAW. Hubungan antara mereka berdua cukup mesra dan pada suatu hari sahabat dari Ansar keluar berperang bersama Nabi SAW. Beliau mengamanahkan sahabat beliau daripada Bani Thaqif untuk menjaga isterinya ketika beliau tiada.
Semuanya berjalan dengan baik seperti dirancang. Namun pada suatu hari ketika sahabat daripada Bani Thaqif menziarahi rumah sahabatnya untuk meninjau keadaan isteri sahabatnya, beliau ternampak wanita itu dalam keadaan yang terdedah auratnya.

Beliau terus masuk ke dalam rumah dan secara spontan terus menyentuh muka isteri sahabatnya serta mencium tangannya. Tiba-tiba beliau berasa malu atas perbuatannya dan terus melarikan diri ke atas bukit. Di situ beliau menjerit dan menangis meminta ampun kepada Allah tanpa henti.

Apabila sahabatnya kembali daripada medan perang isterinya menceritakan apa yang berlaku dan berita ini kemudian sampai kepada Nabi SAW. Akhirnya Jibrail datang menyampaikan wahyu daripada Allah, iaitu ayat 135, Surah Ali-Imran yang disebutkan sebelum ini, “Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”

Justeru, Allah mengasihi mereka yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat. Ia adalah langkah penting menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Qusyairi berkata, “Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah.”

Tuesday, July 10, 2007

Al-Fatihah Buat Ayahenda Tercinta...

Hari ini bersamaan 11 Julai 2007,Hari Rabu,tepat jam 12 tgh mlm tadi..kami skuarge dikejutkan dgn sms berita mengenai pemergian insan yg paling disayangi dan dikasihi..ayahendaku Hussin B.Dollah...Semoga allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yg beriman dan diredhainya..semoga rohnya dicucuri rahmat yg maha esa..Amin..

Sunday, July 08, 2007

Part 2 : Syirik percaya kuasa kayu kokka...

Ramai bertanya kepada saya mengenai keajaiban kayu kokka. Sebenarnya, sudah lama saya membuat ‘risikan’ sejak dari Jordan apabila saya bertemu penjual utama kayu kokka di negara itu.
Ketika perbincangan, penjual terbabit mengaku tiada hujah boleh dipakai untuk mendakwa kesahihan dakwaan sejarah kayu itu.

Saya berusaha mencari apa juga hadis daripada beratus kitab hadis perkara berkaitan kayu ini dan hasilnya adalah ‘kosong’ tanpa satu pun hadis mengenainya.
Saya juga sempat bertanya Almarhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada 2004.
Beliau menyatakan, sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah jahil. Itu yang disebut Syeikh Atiyyah.

Selain itu, saya sempat berbincang dengan Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di, ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Universiti Mu’tah, Jordan dan beliau memberitahu yang pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan barangan yang dipakai itu ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik.

Daripada sudut hukum jual beli

Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap menghebohkan ‘kuasa ghaib’ kayu kokka. Mengikut hukum syariah, tindakan ini adalah haram tanpa syak lagi kerana berfungsi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib.
Penjual kayu ini juga sama ada secara sedar atau tidak sudah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh as, sedangkan tiada siapa pernah menemui bahtera itu.

Sebarang dakwaan kosong tidak boleh dipakai demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadis yang menyebutnya dan tiada kajian saintifik juga boleh dipakai dalam hal ini.
Apabila perkara tiada bukti kebenarannya dijaja bagi menjual kayu ini, ia tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda:

”Sesungguhnya peniaga adalah mereka yang jahat, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab: Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat) ini mereka kerap bersumpah (mengenai kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap (ketika promosi) mereka akan sentiasa berbohong.” (Riwayat Al-Hakim, sahih Isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim; Al-Baihaqi)

Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini ketika mereka berkempen, ada yang mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa as serta boleh menghadang jin dan syaitan.
Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada jin dan syaitan kerana lebih mudah merosakkan akidah umat Islam dengan kewujudannya.

Selain itu, sebahagian penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana ‘kehebatan’ ghaibnya. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar saja, tentu ia dibenarkan oleh syariah.
Bagaimanapun, jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh syariah kerana Gharar.

Kayu atau orang yang bermasalah?

Ada yang bertanya serta memberi pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu, dan bukan kayu kokka pada fizikalnya.
Benar, saya bersetuju daripada satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun, yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja.

Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai Sadd Az-Zara’i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik).
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib mengenai kehebatannya, adalah harus.

Bagaimanapun, sangat wajar dijauhi juga kerana apabila dihebohkan mengenai keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik, sekali gus syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.
Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur di dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

Kempen:Antara dakwaan penjual kokka adalah:

Jika anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
Dapat menghalau jin dan syaitan serta mengelak dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
Jika disapu pada orang yang dirasuk, akan meraung kepanasan dia. Sapu sedikit sudah mencukupi.
Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.
Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, insya-Allah orang akan menyayangi kita.

(Sumber: http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm)

Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih, sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam Islam sebagaimana disebut oleh Nabi SAW (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi)

Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah kadangkala dibuat daripada tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Ada juga Tamimah dibuat daripada ayat al-Quran.
Ulama berbeza pendapat mengenai Tamimah daripada al-Quran. Pandangan lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad SAW melarang Tamimah secara umum, termasuk daripada ayat al-Quran.

Abdullah Bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bererti: Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud — Menurut Syeikh Albani: Hasan)
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (Marfu’): “Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.”

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini ialah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya supaya tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air Za’faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
Seorang tokoh agama yang pakar dalam bidang perubatan Islam iaitu Datuk Dr Haron Din juga mengatakan: “Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk ‘madi’ seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.”

Moga Allah swt menyelamatkan kita daripada syirik dan khurafat...

Saturday, July 07, 2007

Tazkirah : Jaga solat dan muhasabah diri...


Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
• Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

• Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

• Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

• Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

• Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

• Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin...

Wednesday, July 04, 2007

Makan Satay dan Roti Canai di Suq Tower...



zulkifli dan shukor sedang sibuk menebar roti canai utk dijamu..panas2!



budin dan anjang,antara ajk pelaksana yg bertungkus lumus menyediakan jamuan..



antara jemputan yg x sabar menunggu roti canai dan satay yg masih panazzz..



sampai berpeluh menebar roti canai..goreng pun sodap!!



aulia tension!!masam jer..dipaksa ikut makan satay..hehehe!
 
<data:blog.pageTitle/> */ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#DA4B76 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVYI/AAAAAAAABTw/s1XWqigpbKk/valentine2008-b.jpg') repeat-x top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:427px; padding-left:80px; padding-top: 50px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:88px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8ebgABTVXI/AAAAAAAABTo/X5tRoZd8W1s/valentine2008-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:300px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background:#DA4B76 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R8eZ5QBTVPI/AAAAAAAABSQ/FjLxMRYnijs/valentine2008-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:420px; font: $pagetitlefont; margin:180px 20px 5px 75px; padding:5px; filter: glow(color=#000000,Strength=1); text-align:center; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 78px; text-align:center; width:420px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #f63; border-bottom: 1px solid #f63; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #f63; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor;} .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:76px; background:#eec8d5 url('http://lh3.google.com/jvdmds/R8eZxABTVKI/AAAAAAAABRo/0HfCPsE9FpI/valentine2008-3.jpg') no-repeat top left; text-align: left; color: #ffc;} #footer-wrapper {padding-left:230px; font-size: 75%; clear: both; } #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:26px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #f6c; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>